Sunday, September 9, 2018

Kanak-kanak 2 tahun ini merakam ‘rancangan memasaknya’ sendiri dan menjadi tular kerana aksi yang terlalu comel!

Sila beri laluan, ya? Seorang pembuat kek berusia 2 tahun ini telah menjadi lebih terkenal dari pembuat kek seperti Buddy Valastro (dari siri terkenal ‘Cake Boss’) dan seangkatan dengannya.

Pembuat kek yang cilik dan sangat comel ini telah berjaya mencuri perhatian ramai pengguna internet dengan video vlog memasaknya yang sangat menghiburkan. Dengan keperibadian yang sangat suci dan spontan, si cilik ini berjaya menyediakan resipi kek yang sangat menarik, lengkap dengan persembahan yang sangat melucukan!


Berkerjasama dengan ‘pembantunya’ yang tersendiri, iaitu ibunya sendiri, si cilik ini dengan gayanya yang comel akan meminta bantuan ibunya bagi melakukan perkara yang tidak mampu dilakukannya sendiri. Comel sungguh!

Kami tidak dapat menidakkan bahawa si cilik ini sememangnya seorang pembuat kek yang memang dilahirkan dengan anugerah yang hebat ini. Mana tidaknya, dia sama sekali tidak berasa kekok dengan peralatan dapur, dia malahan kelihatan seperti seorang pembuat kek profesional!

Tidak hairanlah apabila video ini kini sudah mendapat lebih dari 12 juta tontonan dengan 99,000 likes dan 237,000 kongsian. Nombor yang gah kerana video yang sangat comel!
Ramai pengguna internet telah memuji ibu si cilik ini kerana menggalakkan anaknya mempelajari kemahiran ekonomi di rumah pada usia muda. Kita semua tahu bahawa sekiranya seseorang sudah terbiasa dengan sesuatu kemahiran sejak usia muda, maka secara tidak langsung kemahiran ini akan menjadi sesuatu yang semula jadi apabila dewasa kelak.

Apa yang membuatkan si cilik ini lebih istimewa adalah fakta bahawa dia adalah seorang kanak-kanak lelaki yang menikmati sesi membuat dan membakar kek bersama dengan ibunya, sekaligus telah menghancurkan stereotaip jantina yang selama ini kita dengar.
Kami berharap agar si cilik ini berjaya mencapai cita-citanya dan jangan pernah berhenti menghasilkan kek!


Kredit: Meaww/Facebook

No comments:

Post a Comment